Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

DVD Syarah dan Buku Matan Abu Syuja’, Ringkasan Fiqih Mazhab Syafi’i

DVD Syarah dan Buku Matan Abu Syuja’, Ringkasan Fiqih Mazhab Syafi’i
DVD Syarah dan Buku Matan Abu Syuja’, Ringkasan Fiqih Mazhab Syafi’i
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah (Makassar)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 13.9 x 1.9

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: DVD Syarah dan Buku Matan Abu Syuja’, Ringkasan Fiqih Mazhab Syafi’i | Judul Asal: Kitab Al-Ghoyah wat-Taqriib (Matan Abu Syujaa’) | Penulis (Matan Fiqih): Imam Abu Syuja’ Ahmad bin Husain Al-Ashfahani rahimahullah (Wafat: 593H) | Syarah dan terjemahan oleh: Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Berat: 500g | Muka Surat: 223m/s + DVD (Syarah). (soft cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Ini adalah kitab Al-Ghoyah wat-Taqriib yang sangat tersohor dengan nama Matan Abu Syuja’ karya Imam Abu Syuja’ Ahmad bin Al-Husain Al-Ashfahani rahimahullah, sebuah ringkasan fiqih dalam mazhab Syafi’i yang menjadi pegangan ulama dan penuntut ilmu dari masa penulis (Abu Syuja’) hingga ke saat ini.

Keindahan susunan buku dan ketelitian bahasa penulis dalam membentangkan perbahasan-perbahasan fiqih sangatlah dipuji oleh para ulama sehingga sukar sekali untuk dihitung pelbagai tulisan ulama dalam mazhab Syafi’i yang menghurai dan mensyarah Matan Abu Syuja’ ini.

Di antara ulama ada yang mensyarah Matan Abu Syuja’, ada pula yang menyusun kembali kandungan matan tersebut dalam bentuk bait-bait sya’ir. Bahkan, syarah dan bait-bait sya’ir tersebut kembali pula dijelaskan (dihurai) oleh ulama lainnya pula.

Penerjemahan Matan Abu Syuja’ ini antara tujuannya adalah bagi mendekatkan para pembaca dengan ilmu fiqih yang dijelaskan oleh para ulama, terkhusus dalam kalangan mazhab Syafi’.

Dan dalam proses penelitian, penerjemahan, sekaligus penyusunan edisi ini, sebanyak lapan (8) buah manuskrip telah digunakan (dirujuk) oleh pihak Ustaz Dzulqarnain hafidzahullah bersama-sama team penerbit (Pustaka As-Sunnah, Makassar). Semoga Allah membalas kebaikan untuk mereka dan semoga masyarakat pun beroleh manfaat yang besar dengan hasil usaha mereka ini.

Bersamaan dengan terjemahan ini, disertakan sama rakaman audio daurah membahas lengkap kitab Matan Abu Syuja’ ini yang telah diadakan dan berlangsung selama 10 hari berturut-turut oleh Al-Ustaz Dzulqarnain hafidzahullah pada bulan Mei 2013.

Sebagaimana kitab-kitab dan perbahasan fiqh umumnya, kitab dan syarah ini berisi dengan perbahasan dari asas-asas fiqh Islam seperti thaharah (bersuci), solat, puasa, zakat, haji, jual-beli, faraidh, nikah, jinayah, hudud, jihad, buruan, sembelihan, korban, makan dan minum, fiqh musabaqah (pertandingan), sumpah dan nadzar, qadha dan persaksian, pembebasan hamba, dan selainnya menurut sunnah dan mazhab Syafi’i...

InsyaAllah dengan menelusuri kitan matan fiqih ini, para pembaca akan mempelajari dan mengetahui kesimpulan-kesimpulan asas terhadap hukum-hakam yang terdapat dalam mazhab Asy-Syafi’i pada bab-babnya secara umum dan mudah, manakala dengan menelusuri dan mengikuti perbahasan syarah (DVD) yang tersedia, maka kita akan dibawa pula menyelami huraian dan perincian yang membina setiap hukum-hakam dalam mazhab Asy-Syafi’i tersebut secara khusus pula.

Semoga dengannya, akan mendedahkan kepada kita asas-asas hukum-hakam fiqh yang penting yang memang seharusnya diketahui oleh setiap muslim, terkhusus yang terdapat dalam mazhab Asy-Syafi’i berserta dalil-dalilnya.

Biografi ringkas Imam Abu Syuja

Beliau adalah Al-Qaadhi Syihaabuddin Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad Al-Ashfahani Al-‘Abbaadaani Asy-Syaafi’i. Kun-yah (gelaran) beliau masyhur disebut sebagai Abu Syujaa’. Beliau juga disebut dengan kun-yah (gelaran) Abuth-Thayyib. Beliau lahir di Bashrah pada tahun 433H.

Beliau adalah seorang imam yang zuhud dan ahli ibadah, dikenal dengan keilmuan dan kesolehan agama pada masanya.

Beliau tidaklah keluar dari rumah melainkan untuk menunaikan solat. Beliau memenuhi masanya dengan bacaan Al-Qur’an. Beliau dikenal dengan orang yang sentiasa menyuarakan kebenaran dan tidak takut terhadap celaan para pencela.

Beliau mengajarkan fiqh mazhab Syafi’i di Bashrah selama lebih dari empat puluh (40) tahun. Kemudian beliau bermukim di Madinah dan berkhidmat untuk masjid Nabawi sampailah meninggal dunia pada tahun 593H.

Beliau hidup selama seratus enam puluh (160) tahun dalam keadaan seluruh anggota tubuh beliau sentiasa baik terjaga. Dan beliau mengatakan:

“Aku tidaklah pernah bermaksiat kepada Allah dengan anggota tubuh apapun. Demikian aku menjaga anggota tubuh dari maksiat semenjak kecil, maka Allah menjaganya pada masa tua.”

Tidaklah diketahui ada karya tulis beliau melainkan kitab ini (Matan Abu Syuja’) dan sebuah syarah yang beliau tulis untuk kitab Al-Iqnaa’ karya Al-Maawardi. Dan Subhanallah, dengan kitab inilah nama beliau terus harum dan dikenal oleh kaum muslimin setelahnya sampai saat ini. Semoga Allah merahmati beliau.

Biografi Pensyarah (Ustaz Dzulqarnain hafidzahullah)

Beliau adalah Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi, lahir di Makassar pada 17 Sya’ban 1396 H (12 Ogos 1976M). Setelah mula menuntut ilmu agama di pulau Jawa pada 1994, pada 1995 beliau meneruskan pelajaran beliau di pelbagai bidang ilmu syari’at kepada Syaikh Muqbil bin Haadi Al-Wadi’iy rahimahullaah di Ma’had Dar Al-Hadits (Yaman), sampailah ke pertengahan tahun 1999 lalu menghafal Al-Qur’an 30 juz di sana.

Kemudian pada tahun 2004, beliau talaqqi pula kepada sejumlah ulama besar ‘Arab Saudi, di antaranya Syaikh Soleh bin Fauzaan Al-Fauzaan, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmiy, Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqiil, Syaikh ‘Abdullah Al-Ghudayyaan, Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbaad, Syaikh Rabii’ bin Haadi Al-Madkhali, Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali, Syaikh ‘Ubaid bin ‘Abdillah Al-Jaabiriy, Syaikh ‘Abdul Karim Al-Khudhair, serta beberapa ulama lainnya, semoga Allah merahmati dan menjaga mereka.

Selain mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak dua kali dari hafalan dengan membaca riwayat Hafsh dari ‘Aashim melalui jalan Asy-Syaathibiyyah dan Thayyibah An-Nasyr dari dua ahli Qira’ah; di Saudi beliau juga lebih menekuni dan mendalami pelbagai cabang ilmu agama kepada ulama-ulama tersebut dan mengambil sanad-sanad periwayatan kitab-kitab Salaf. Beliau juga sempat menghadiri beberapa majlis Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz dan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahumaallaah pada musim haji tahun 1998.

Saat ini, kebanyakan aktiviti beliau adalah mengajar dan berdakwah di jalan Allah, di Ma’had As-Sunnah (Makassar), pelbagai daerah di Indonesia, dan beberapa tempat di luar negeri. Beliau juga turut aktif menulis dan menerjemahkan buku-buku dan artikel serta menjawab pertanyaan di beberapa media cetak dan beberapa website. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net