Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hanya Islam Bukan Wahhabi, Mengurai Fitnah Menegakkan Sunnah

Hanya Islam Bukan Wahhabi, Mengurai Fitnah Menegakkan Sunnah
Hanya Islam Bukan Wahhabi, Mengurai Fitnah Menegakkan Sunnah
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.4 x 16.8 x 3.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hanya Islam Bukan Wahhabi, Mengurai Fitnah Menegakkan Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Islam laa Wahhabiyah | Penulis: Prof. Dr. Nashir bin ‘Abdul Karim Al-‘Aql | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Darul Falah | Penterjemah: Rosyid Abud Bawazier | Berat: 1.1gram | Muka Surat: 556m/s. (Hard cover) | Ukuran: 24.4(Tinggi)x16.8(Lebar)x3.2(Tebal)cm |


Kitab ini merupakan satu hasil kajian dan pembentangan yang begitu istimewa oleh Asy-Syaikh Prof. Dr. Nashir ‘Abdul Karim Al-‘Aql berkenaan terbinanya daulah Saudi Arabia dan hubungannya dengan bani Su’ud, Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, serta dakwah aqidah yang berlangsung di sana, sekaligus menjawab pelbagai tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan ke atas negara Saudi Arabia yang di atas-namakan sebagai dinasti wahhabiyah. Kebanyakan tuduhan tidak benar telah dilemparkan ke atas Saudi ‘Arabia dan dakwah Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah dari sumber-sumber yang tidak benar dan banyak penyelewengan fakta telah didapati sengaja dilakukan. Akibatnya, sebuah negara yang telah banyak berjasa ini khasnya kepada para jama’ah haji kaum muslimin dari seluruh dunia telah terfitnah dan dipandang serong serta dilabel dengan bermacam tuduhan keji lagi tidak bertanggungjawab.

Buku setebal 556 muka surat ini (bagi edisi terjemahannya) mengupas kepelbagaian fakta sejarah yang banyak tidak diketahui oleh dunia Islam terhadap realiti sebenar dakwah aqidah yang dikumandangkan oleh Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab yang bermula dari wilayah Najd, Hijaz, sehinggalah kepada tertubuhnya kesatuan Saudi Arabia. Dakwah yang telah berjaya menyatukan pelbagai kabilah dan wilayah yang berpecah-belah. Dakwah yang telah menyematkan masyarakat di zamannya dari noda kesyirikan penuh kegelapan kepada tauhid yang terang benderang.

Pada masa itu, masyarakat arab di sekitar Najd, Hijaz, ‘Uyainah, dan wilayah-wilayah lain yang kini berada di bawah pentadbiran Saudi Arabia kesemuanya saling berpecah-belah dan tidak bersatu. Pelbagai ritual dan perbuatan syirik begitu subur berlaku seperti perbuatan memuja kuburan, istighatsah kepada orang mati, pemujaan atau penyembahan terhadap pokok dan batu, serta amalan-amalan pemujaan yang lainnya di mana di samping mereka beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, mereka juga turut mengabdi dan berdoa kepada selain Allah.

Dengan kehadiran buku ini, terjawablah siapa sebenarnya Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab yang sering-kali didakwa dan dimomokkan ke dalam masyarakat sebagai pengasas gerakan Wahhabiyah, pengganas, pemberontak, pembenci ajaran Nabi, dan seumpama dari bentuk-bentuk tuduhan yang tidak benar. Yang mana sebenarnya, beliau adalah salah seorang ulama besar dan pejuang penegak bendera aqidah di tanah arab pada zamannya dan mendapat pengiktirafan ramai ulama yang sezaman dengan beliau dan ini turut tertuang bukti-buktinya melalui buku ini.

Sehingga dengan berkat perjuangan dakwah pemurnian aqidah, membersihkan kesyirikan, dan mengembalikan masyarakat kepada sunnah-sunnah Rasulullah yang sahih, akhirnya terbinalah negara ‘Arab Saudi yang wujud pada hari ini. Beliau bersama-sama sebahagian anak dan cucunya berserta bantuan amir Muhammad Su’ud telah berjaya menyatukan wilayah-wilayah arab yang sebelumnya berpecah-belah dan saling berperang. Sungguh benar janji Allah bagi mereka yang beriman dengan iman yang sahih dan beramal dengan amal yang soleh, maka Allah akan meneguhkan kekuasaan mereka di muka bumi ini. Ini disebutkan oleh Allah Ta’ala dalam Surah An-Nuur, ayat 55.

Sanjungan kepada beliau juga turut dinukilkan dari pelbagai lapisan ulama ke dalam buku ini. Kepada anda yang masih meragui siapa sebenarnya beliau dan apa sebenarnya hakikat di sebalik momokan wahhabi, semoga dapat menjadikan buku ini sebagai salah satu rujukan yang tidak harus ditinggalkan.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net