Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Empat Kalimat Agung

Buku Poket Empat Kalimat Agung
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14 x 9 x 0.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM3.50
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Poket Empat Kalimat Agung | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah | Tahqiq dan Takhrij: - | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 40g | Muka Surat: 80 m/s. (soft Cover)


Sesungguhnya perkataan terbaik dan dzikir yang paling utama setelah Al-Qur’an Al-Karim adalah empat kalimat yang paling utama. Empat kalimat tersebut memiliki nilai yang sangat berharga, keutamaan yang agung, dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Banyak dalil yang sampai kepada kita menjelaskan perkara tersebut. Dan empat kalimat berserta sebahagian dari keutamaan empat kalimat tersebut adalah sebagaimana hadis berikut,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَحَبُّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ أَرْبَعٌ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، وَسُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لَا يَضُرُّكَ بِأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ

“Kalimat (perkataan) yang paling dicintai Allah itu ada empat: (iaitu) Laa ilaaha illallaah (tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah), Allaahu Akbar (Allah Maha Besar), Subhanallaah (Maha Suci Allah), dan Alhamdulillaah (segala pujia hanya bagi Allah); tidak mengapa engkau memulai dari yang mana pun.” (Musnad Ahmad, no. 20107)

Sebagaimana yang kita maklum, atau bagi yang belum memahaminya, ketahuilah bahawa berzikir kepada Allah itu memiliki kedudukan yang sangat agung dan besar sekali. Disebutkan keutamaannya sama ada dalam Al-Qur’an mahupun hadis-hadis Nabi. Dan di antaranya adalah sebagaimana dalam dua hadis berikut:

Dari Abu Ad-Darda’ radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَرْضَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَمِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا وَمَا ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ

“Mahukah kalian aku khabarkan tentang sebaik-baik amalan bagi kalian, yang lebih diredhai di sisi Rabb kalian, yang mengangkat darjat kalian, dan lebih baik bagi kalian berbanding kalian bersedekah dengan emas dan perak, lebih baik berbanding kalian berperang dengan musuh-musuh kalian kemudian kalian tebas batang leher mereka atau mereka menebas batang leher kalian.” Para sahabat pun bertanya:

“Apakah amalan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Berzikir kepada Allah.” (Sunan At-Tirmizi, no. 3377)

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

سَبَقَ الْمُفَرِّدُونَ قَالُوا وَمَا الْمُفَرِّدُونَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الذَّاكِرُونَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتُ

“Al-mufarridun telah mendahului.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah al-mufarridun itu?” Beliau menjawab, “Iaitu lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah.” (Shahih Muslim, no. 2676)

Buku bersaiz poket ini adalah sebuah buku yang menjelaskan keutamaan dan kelebihan-kelebihan dzikir dengan empat kalimat tadi secara khusus di samping keutamaan-keutamaan dzikir secara umum.

Jadi, marilah kita ambil peluang ini untuk memperbanyakkan dzikir kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas ilmu yang benar.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net