Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Terjemahan Bulughul Maram

Terjemahan Bulughul Maram
Terbitan: Pustaka at-Tibyan
Product Code: Pustaka At-Tibyan
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 6

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Terjemahan Bulughul Maram | Judul Asal: Bulughul Maram | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Penerbit: Pustaka At-Tibyan | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 715m/s.


Kitab ini disusun oleh Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah, seorang pakar hadis, fiqh, dan sejarah. Kitab ini memuatkan susunan hadis-hadis penting di dalam persoalan fiqh dan ibadah seharian. Di dalamnya terhimpun sekitar seribu lima ratus hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Hadis-hadis ini disusun berdasarkan urutan dari soal bersuci (thaharah), tayammum, wudhu', mandi, adzan, solat, zakat, puasa, jenazah, haji dan umrah, jual beli, pernikahan, hukum hakam jenayah, hudud, jihad, bab makan dan minum, sumpah dan nadzar, sehinggalah kepada persoalan adab dan akhlak. Setiap hadis-hadis yang dibawa dijelaskan darjat kesahihannya pada nota kaki. Ini bagi memudahkan para pembaca untuk menyemak dan mengamalkannya dengan yakin.
 
Buku karya Al-Hafiz Ibnu Hajar ini amat baik dan begitu dicadangkan oleh para ulama agar ditela'ah oleh para penuntut ilmu sebelum pergi lebih jauh dalam bidang agama ini khasnya dalam bidang fiqh dan hadis. Ini bagi tujuan memperkukuhkan asas-asas ilmu pengetahuan fiqh, asas-asas pengetahuan praktik agama seharian, dan bagi mendapatkan gambaran dalam bidang fiqh dan hadis secara umum.
 
Adapun untuk lebih jelas tentang huraian dan perbahasan setiap hadis secara terperinci, para pembaca boleh juga mendapat kitab syarah (huraian penjelasan) bagi hadis-hadis dalam kitab ini melalui kitab Taudhihul Ahkam karya Syaikh 'Abdullah al-Bassam dan juga kitab Subulus Salam karya Imam Ash-Shan'ani.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net