Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Keluarga Sakinah (Edisi Baru, Hard Cover)

Panduan Keluarga Sakinah (Edisi Baru, Hard Cover)
Panduan Keluarga Sakinah (Edisi Baru, Hard Cover)
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.6 x 15.7 x 2.2

ISBN: 9786029183320
Availability: In Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Keluarga Sakinah (Edisi Baru dan Kemaskini) | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Al-Ustaz Yazid bin Abdul qAdir Jawas | Syarah/ta’liq: Penulis | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 936g | Muka Surat: 340m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 23.6cm (tinggi) x 15.7cm (lebar) x 2.2cm (tebal) | ISBN: 978-602-918332-0 |


Islam adalah agama yang kamil (sempurna). Agama yang mencakup setiap sisi kehidupan. Tidak ada suatu masalah dalam kehidupan dunia ini yang tidak dijelaskan atau yang terlepas perbahasannya dari agama Islam. Tidak ada satu masalah yang tidak disentuh nilai Islam walau tampak kecil dan remeh; dari tentang tata cara buang air, adab bergaul, permasalahan rumah tangga, akidah yang benar, manhaj yang lurus, sampai ke persoalan ketatanegaraan. Itulah Islam, agama yang memberi rahmat bagi seluruh alam.

Persoalan pernikahan adalah persoalan yang selalu aktual dan sentiasa menarik untuk dibicarakan, kerana persoalan ini bukan hanya berkait-rapat dengan tabiat dan hajat naluri hidup manusia yang asasi, tetapi juga menyentuh suatu sistem yang luhur dan sangat penting, iaitu rumah tangga.

Luhur, kerana sistem ini merupakan benteng bagi pertahanan martabat manusia dan nilai-nilai akhlak yang sihat. Sangat penting, kerana sistem ini merupakan pusat dan madrasah pertama bagi melahirkan serta pertumbuhan bani Adam, yang kelak memiliki peranan dan kunci dalam mewujudkan kedamaian dan kemakmuran di muka bumi.

Agama Islam telah memberi petunjuk yang lengkap dan terperinci terhadap pernikahan. Mulai dari anjuran menikah, cara memilih pasangan ideal, proses khitbah (peminangan), acara pernikahan, majlis walimah, adab-adab pernikahan, adab berhubungan dan berkeluarga, kemudian diikuti pula bagaimana mendidik anak, serta memberi jalan keluar jika terjadi kemelut dalam rumah tangga, sampai kepada proses nafaqah (pemberian nafkah) dan harta warisan. Semuanya diatur oleh Islam secara terperinci, sistematik dan sangat jelas.

Islam membahaskan pernikahan secara panjang lebar. Bermula dari bagaimana mencari kriteria calon pendamping hidup hingga bagaimana memperlakukannya di kala telah rasmi menjadi penyejuk hati. Islam pun menunjukkan kaedah-kaedah, adab-adab, dan bimbingannya. Begitu juga, Islam mengajarkan bagaimana mewujudkan majlis pernikahan yang meriah namun tetap penuh keberkahan dan tidak melanggar sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Begitu pula dengan pernikahan yang sederhana namun tetap penuh pesona. Demikianlah Islam mengajarkan dan memudahkannya.

Nikah adalah jalan yang paling bermanfaat dan afdhal dalam usaha merealisasikan dan menjaga kehormatan diri. Melalui pernikahan inilah seseorang dapat menjaga diri dari apa-apa yang diharamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kerana itulah, Nabi mendorong umatnya agar segera menikah, membimbingnya dengan ilmu, mempermudahkan jalannya, dan membanteras segala bentuk masalah yang menghalangnya.

Nikah adalah fitrah manusia serta merupakan jalan yang dapat meredam gelojak naluri dan psikologi dalam diri, sebagai bentuk penzahiran cita-cita luhur dari kehidupan sepasang suami-isteri. Lalu dari pernikahan yang syar’i tersebut akan membuahkan keturunan yang baik hingga dengan hasilnya, kemakmuran bumi ini menjadi semakin semarak.

Menurut agama Islam, bani Adam-lah yang memperoleh kehormatan untuk memikul amanah ilahi sebagai khalifah di bumi ini, sebagaimana firman Allah:

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا (72)

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu, dan mereka takut tidak akan melaksanakannya (kerana betapa beratnya), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.” (Surah Al-Ahzab, 33: 72)

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ (30)

“Dan (ingatlah) ketika Rabbmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.’ Mereka berkata: ‘Adakah Engkau hendak menjadikan orang yang berbuat kerosakan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?’ Dia berfirman, ‘Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” (Surah Al-Baqarah, 2: 30)

Melalui buku ini, para pembaca diajak untuk sama-sama mempelajari dan menyelami tata cara pernikahan islami yang begitu agung lagi penuh nuansa. Para pembaca akan diajak untuk meniggalkan tradisi-tradisi masa lalu yang penuh dengan upacara-upacara atau ritual-ritual serta adat-istiadat yang melelahkan, membingungkan, memboroskan harta, bahkan mendatangkan kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana memang tidak sesuai dengan syari’at Islam.

Haruskah kita bergelumang dengan kesombongan dan kederhakaan hanya lantaran sebuah majlis pernikahan? Na’uzu billahi min dzalik.

Pernikahan bukanlah persoalan kecil dan remeh, tetapi ia merupakan persoalan penting dan besar. Aqad nikah adalah suatu perjanjian yang utuh dan suci. {مِيثَاقًا غَلِيظًا}, sebagaimana firman Allah:

وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَى بَعْضُكُمْ إِلَى بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا (21)

“Dan bagaimana mungkin kamu akan mengambil (mahar)nya kembali, padahal kamu telah bergaul (bercampur) satu sama lain (sebagai suami-isteri). Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil perjanjian yang kuat (dengan ikatan pernikahan) dari kamu.” (Surah An-Nisaa’, 4: 21)

Kerana itu, diharapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pernikahan, khususnya suami-isteri, agar memelihara serta menjaga ikatan tersebut dengan sungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.

Selanjutnya, untuk memahami konsep pernikahan dalam Islam, maka rujukan kita yang paling sahih dan benar adalah Al-Qur’an dan As-Sunnah selari dengan pemahaman Salafush Shalih. Berdasarkan rujukan inilah kita mendapat kejelasan tentang aspek-aspek pernikahan mahupun beberapa penyimpangan dan pergeseran nilai pernikahan yang terjadi di kalangan masyarakat.

Buku tentang pernikahan islami di tangan pembaca ini diberi judul Panduan Keluarga Sakinah. Sudah tentu tidak semua persoalan dapat dituangkan di sini. Namun penulis telah membahagikan tulisan ini menjadi beberapa cakupan perbahasan utama; iaitu merangkumi fitrah manusia atas pernikahan, bentuk-bentuk pernikahan yang dilarang dalam syari’at Islam, tujuan pernikahan dalam Islam, tata cara pernikahan dalam Islam, adab memilih pasangan, adab meminang, adab-adab memulakan malam pertama, adab-adab walimah dalam Islam, beberapa perlanggaran terhadap syar’iat Islam yang terjadi di dalam pernikahan, rumah tangga yang ideal, hak dan kewajiban pasangan suami-isteri menurut syari’at-Nya yang mulia, ketika si buah hati hadir, kewajiban mendidik anak, berbakti kepada orang tua, dan kedudukan wanita dalam Islam, serta perbahasan penutup sebagai nasihat.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net