Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Musthalah Hadits Susunan Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah

Musthalah Hadits Susunan Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah
Terbitan: Media Hidayah
Product Code: Media Hidayah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Musthalah Hadits | Judul Asal ('Arab): 'Ilmu Musthalah HaditsPenulis: Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah | Penerbit: Media Hidayah | Berat: 0.18kg | Muka Surat: 123 m/s. (Soft cover)


Buku dengan judul Mustholah Al-Hadits ini merupakan sesunan dan tulisan Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah, ulama faqih tersohor di masanya.

Buku ini membahaskan asas-asas ilmu dan istilah-istilah penting dalam memahami kedudukan sesuatu hadis yang disandsarkan atas nama Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Buku atau ilmu Mustholah Al-Hadits merupakan ilmu yang penting untuk dipelajari dan difahami oleh setiap penuntut ilmu baik yang awam mahupun yang serius dalam pengajian ilmu-ilmu syar'i. Inilah ilmu yang telah diasaskan dan dipegang oleh para ulama dari generasi ke generasi hasil warisan para ilmuan hadis generasi salaf.

Hal ini demikian kerana tidaklah setiap hadis atau riwayat yang disandarkan atas nama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam itu pasti sahih semuanya. Kerana setiap khabar (hadis) yang sampai itu perlulah dinilai dengan disiplin dan kaedah-kaedahnya terlebih dahulu agar dapat dipastikan keabsahannya sebelum boleh diambil untuk berhujjah, berhukum atau berdalil.

Bahkan amat banyak sekali riwayat-riwayat yang tersebar baik dalam kalangan masyarakat atau yang terkandung di sebahagian kitab-kitab atau buku-buku umum yang diatasnamakan sebagai hadis-hadis Nabi, namun bila disemak dan dinilai menurut disiplin ilmiah, ternyata ada yang tidak benar; sama ada maudhu' (palsu), dha'if (lemah), atau yang lainnya kerana terdapat kecatatan atau masalah pada rawi serta sanad periwayatannya.

Maka, berpandukan ilmu dan kefahaman terhadap asas-asas ilmu Mustholah Al-Hadits inilah kita akan dapat membezakan secara umum di antara hadis yang sahih, hasan, dha'if/lemah, mahupun maudhu'. Sekaligus akan mendidik kita untuk tabayyun dan berjaga-jaga terhadap setiap riwayat dan hadis-hadis yang dihadapkan kepada kita, supaya tidak tersalah dalam berdalil dan berhukum, atau memahami.

Selain itu, kita juga akan dalam memahami pelbagai istilah-istilah penting yang banyak digunakan dalam ilmu periwayatan hadis seperti istilah mutawatir, ahad, sanad/isnad, bentuk-bentuk hadis diriwayatkan, kitab-kitab utama dalam urusan pengumpulan hadis, bagaimana sesuatu hadis itu sahih atau tidak, pembahagian khabar, dan sebagainya.

Buku ini lengkap diterjemahkan 123m/s., edisi soft cover.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net