Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sayyid Quthub Cela Sahabat Nabi?

Sayyid Quthub Cela Sahabat Nabi?
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 3.5 x 1.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sayyid Quthub Cela Sahabat Nabi? | Judul Asal (‘Arab): Mathaa’in Sayyid Quthb fi Ash-haabi Rasulillah Penulis: Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidzahullaah | Penerbit: Darul Falah | Berat: 400g | Muka Surat: 365m/s (Soft Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Dengan ayat ini ahli sunnah wal-jama’ah menjadikan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in sebagai generasi manusia terbaik dan teladan yang diikuti pegangan agamanya. Daripada para sahabatlah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi yang mulia ditafsirkan dan difahami oleh ahli sunnah wal-jama’ah sehingga ke hari ini. Termasuk janji Allah bagi orang-orang yang mengikuti para sahabat dengan baik adalah Syurga yang kekal abadi sebagaimana dijelaskan ayat Allah ini.

Imam Abu Bakr Al-Humaidi rahimahullah (Wafat: 219H) berkata:

“Termasuk prinsip ‘aqidah ahli sunnah wal-jama’ah adalah mendoakan rahmat ke atas seluruh sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kerana sesungguhnya Allah berfirman:

“Dan orang-orang yang datang setelah mereka (Muhajirin dan Anshar) mereka berdoa, “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami. Dan janganlah Engkau jadikan ada dengki dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Lemah-lembut lagi maha Penyayang.” (Surah al-Hasyr, 59: 10)

Kita tidaklah diperintahkan melainkan dengan memintakan ampun untuk mereka. Dengan itu, sesiapa yang mencela dan menghina mereka atau salah seorang daripada mereka, maka dia sebenarnya tidak berada di atas sunnah...” (Al-Humaidi, Ushulus Sunnah, no. 3. Fawwaz Ahmad Zamarli, ‘Aqaa’id A’immatis Salaf, m/s. 153-154 – Daar Al-Kitab Al-‘Arabi, Cet. 1, Beirut)

Imam Abu Zur‘ah Ar-Razi rahimahullah (Wafat: 264H) berkata:

“Apabila engkau melihat seseorang mencela salah seorang sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka ketahuilah orang itu adalah zindiq. Kerana keberadaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itu haq di sisi kita, demikian pula Al Qur’an. Dan hanya para sahabat Nabi saja yang menyampaikan Al-Qur’an dan Sunnah-sunnah beliau kepada kita. Sementara para zindiq tersebut ingin mencacatkan persaksian kita terhadap mereka (para sahabat) agar mereka dapat menyelewengkan Al-Qur’an dan As-Sunnah yang kita ambil dari para sahabat beliau radhiyallahu ‘anhum. Justru mereka itulah orang yang lebih patut dicacatkan keberadaannya, mereka itulah para zindiq.” (Al-Kifayah fi ‘Ilmi Ar-Riwayah, m/s. 49)

Seluruh ahli sunnah wal-jama’ah menegaskan agar para sahabat dihormati dan dicintai. Ini antaranya disebutkan oleh imam Abu Ja’far ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H):

“Ahli Sunnah wal-Jama’ah membenci orang-orang yang membenci para sahabat Nabi dan orang-orang yang memanggil para sahabat Nabi dengan perkataan yang buruk, dan kita tidak memanggil para sahabat Nabi melainkan dengan perkataan yang baik. Mencintai mereka adalah sebahagian dari agama, keimanan, dan ihsan. Manakala membenci mereka adalah sebahagian dari kekufuran, kemunafikan, dan kezaliman.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah al-‘Aqidah ath-Thahawiyah, m/s. 689 – Mu’assasah ar-Risalah)

Ini bersesuaian sekali dengan peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Janganlah kamu mencela seorang pun dari kalangan sahabatku. Kerana sesungguhnya sekiranya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud sekalipun nescaya ia tidak akan dapat menyamai dengan satu mud yang diinfaqkan oleh para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak akan sama.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3673. Muslim, no. 2541. Bab: Larangan Mencela Para Sahabat)

Sayyid Quthub Cela Sahabat Nabi?

Kita telah mengetahui betapa tinggi dan mulianya kedudukan para sahabat dengan persaksian Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sehingga tidak boleh menujukan celaan kepada mereka, bahkan wajib bagi kita untuk tidak membicarakan tentang mereka dengan keburukan walupun mungkin ada.

Kita harus menyakini bahawa sekalipun mereka punya kesalahan maka kesalahan itu terlalu kecil bila dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada mereka. Bila salah seorang dari mereka punya satu dosa, maka ia mungkin sudah bertaubat dari dosa tersebut, atau ia telah melakukan kebaikan yang banyak yang dengan itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya, atau ia telah diampuni oleh Allah dengan sebab keutamaannya yang paling awal masuk Islam atau dengan syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan para sahabat adalah orang-orang yang paling berhak mendapatkan syafa’at beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, atau ia telah ditimpa ujian dan cobaan ketika di dunia yang dengan itu menjadi kaffarah (penebus) bagi dosanya. (lihat: Al-‘Aqidah Al-Wasithiyyah dengan syarahnya, m/s. 175)

Namun lihatlah seorang yang bernama Sayyid Quthub yang mencela para sahabat Nabi, buta mata hatinya dari melihat keutamaan dan kemuliaan yang dimiliki oleh para sahabat, sehingga dengan berani dan lancangnya beliau mencerca dan mencela mereka.

Antaranya, Sayyid Quthub di dalam kitabnya Al-‘Adalah Al-Ijtima’iyyah, beliau tidak mengiktiraf kekhalifahan ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu dan kata beliau pemerintahan ‘Utsman adalah pemerintahan yang lemah dan Utsman tidak pandai mengurus pentadbiran. Sayyid Quthub juga turut membawakan perkataan tokoh Syi’ah bernama Al-Mas’udi bagi menguatkan tuduhannya terhadap ‘Utsman dalam kitab yang sama.

Selain itu, Sayyid Quthub juga turut menuduh dan mencela Mu’awiyah sebagai pengkhianat kepada ‘Ali, pelaku nifaq, dan melakukan rasuah. Ini beliau lakukan di dalam kitabnya Kutub wa Syakh-shiyyah.

Dan masih banyak lagi cercaan, celaan, serta tuduhan-tuduhan buruk yang beliau lemparkan terhadap para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Atas sebab inilah, mungkin kita tidak hairan apabila melihat kelompok-kelompok harakah atau pergerakan Islam yang lahir dari didikan Ikhwanul Muslimin atau buku-buku mereka, mereka boleh duduk-duduk dan bergabung bersama kaum Syi’ah Rofidhah sang pencela dan pengkafir sahabat-sahabat Nabi. Bahkan tidak kurang juga dari mereka yang saling mengiktiraf keberadaan Syi’ah sebagai salah satu mazhab yang boleh dianuti di dalam Islam. Laa hawla walaa quwwata illaa billaah.

Ini semua telah dibongkar oleh Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidzahullah, seorang tokoh ahlus sunnah yang terkenal banyak membuat telahan, kajian, dan bantahan terhadap pelbagai firqah sesat abad ini.

Dan hasil-hasil kajian beliau telah mendapat banyak pujian dan pengiktirafan dari ramai ulama seumpama Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Syaikh Al-Albani, Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan, Syaikh Muqbil dan ramai lagi. Sekaligus pelbagai kelompok sesat yang bertopengkan nama ahlus sunnah telah berjaya beliau bongkar. Dan memang tidak hairan kalau sebahagian orang yang masih cetek ilmunya menggelarkan beliau sebagai ekstream, literal, keras, syadid, suka mengkafirkan orang dan seumpamanya. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Sedangkan hakikatnya tidaklah demikian. Apa yang beliau ungkap dan bongkarkan adalah kebenaran dan dijelaskan secara ilmiyah di atas manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah atau manhaj para imam-imam salaf. Atas sebab itulah, Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) sendiri pernah memberikan pengiktirafan dan pujian atas kajian yang dilakukan oleh Syaikh Dr. Rabe’ ini melalui salah satu kata pengantar di buku Syaikh Rabe’. Kata Syaikh Al-Albani:

كل ما رددته على سيد قطب حقٌ صوابٌ، ومنه يتبين لكل قارئ على شيء من الثقافة الإسلامية أن سيد قطب لم يكن على معرفة بالإسلام بأصوله وفروعه. فجزاك الله خير الجزاء أيها الأخ (الربيع) على قيامك بواجب البيان والكشف عن جهله وانحرافه عن الإسلام

“Semua apa yang anda bantah ke atas Sayyid Quthub adalah haq dan benar. Dan darinya akan menjadi penjelasan bagi setiap pembaca sebagai sebuah tsaqafah (peringatan) Islamiyyah bahawa Sayyid Quthub tidaklah mengetahui secara benar hakikat Islam dari peringkat ushul (dasar) atau pun furu’ (cabang)nya. Maka semoga Allah memberikan balasan kepada anda dengan kebaikan yang banyak wahai Saudara Rabi’ di atas usaha anda dalam melaksanakan kewajiban menjelaskan dan menyingkap kejahilan serta penyimpangan Sayyid Quthub terhadap Islam.” (lihat: Mukaddimah buku Al-‘Awashim Mimma fii Kutubi Sayyid Quthub minal Qawashim. Lihat juga: Baraa’atul ‘Ulama Al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 33, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah Al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh Al-‘Utsaimin – Maktabah Al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Semoga bermanfaat dan berlapang dada terhadap hakikat kebenaran. Dan kebenaran itu adalah apa-apa yang datang dari wahyu dan dibenarkan oleh wakyu, bukan semata-mata dari seorang tokoh seperti Sayyid Quthub yang banyak membuat kerosakan terhadap agama dan para pemuda umat Islam saat ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net