Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Adabul Mufrod karya Al-Imam Al-Bukhari (Edisi Terjemahan Lengkap)

Al-Adabul Mufrod karya Al-Imam Al-Bukhari (Edisi Terjemahan Lengkap)
Terbitan: Buana Ilmu Islami
Product Code: Buana Ilmu Islami (2/6)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.4 x 16.3 x 6.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM125.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Terjemahan Al-Adabul Mufrod | Judul Asal (‘Arab): Al-Adabul Mufrod | Penulis: Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) | Tahqiq, Ta’liq dan Takhrij: Syaikh Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Pustaka Salwa | Berat: 1.6kg | Muka Surat: 1094 m/s. (Hard Cover)


Buku Al-Adabul Mufrod ini adalah karya amirul mukminin dalam hadis, doktor yang mengenal permasalahan hadis, syaikh bagi para ulama hadis, iaitu Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ismail Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H). Semoga Allah memayungi beliau dengan rahmat dan kurnianya atas jasa-jasa beliau dalam membela agama Allah, membela hadis-hadis Nabi-Nya, dan buku-buku beliau yang amat bermanfaat buat umat.

Dan ini termasuk salah satu buku beliau yang sangat dikenal dan banyak manfaatnya serta sering disebut-sebut. Meskipun ringkas, namun kandungan ilmu di dalamnya benar-benar melimpah. Di dalamnya terkandung pelbagai etika yang luhur dan akhlak yang sempurna yang diriwayatkan dari pemimpin para Nabi, dari para sahabat beliau yang tinggi reputasinya di kalangan manusia, dan dari para ulama yang bertaqwa yang mengikuti mereka.

Dengan demikian, buku ini merupakan salah satu buku terbaik, karya tulis yang santun, nashkah yang akurat, dan bacaan yang harus dipilih untuk dipelajari, disantuni, dan digali mutiara-mutiara hikmah dan faedahnya.

Bagi edisi bahasa ‘Arabnya, edisi ini dicetak dan diterbitkan berdasarkan 3 manuskrip utama. Kemudian penerbit menambahkan takhrij Syaikh Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) pada bahagian akhir hadis dan pada nota kaki ditambah pula catatan-catatan penting tentang sebahagian penjelasan dan maksud kalimat-kalimat yang terdapat dalam hadis.

Kemudian, setiap hadis-hadis di dalamnya juga dilengkapi dengan penomboran sebagai rujukan berdasaran penomboran oleh Syaikh Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi rahimahullah.

Edisi terjemahan ini dilengkapi atau disertai 100% dengan teks (matan) asalnya yang berbahasa ‘Arab. Dilengkapi juga dengan sanad dan terjemahan sanad hadis sekali.

Semoga ianya bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net