Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tamamul Minnah, Komentar Ilmiyah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Sayyid Sabiq

Tamamul Minnah, Komentar Ilmiyah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Sayyid Sabiq
Terbitan: Pustaka Sumayyah
Product Code: Pustaka Sumayyah (4(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 16.7 x 2.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tamamul Minnah, Komentar Ilmiyah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Sayyid Sabiq | Judul Asal ('Arab): Tamamul Minnah fii at-Ta'liiq 'ala Fiqhus Sunnah | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Pustaka Sumayyah | Berat: 1kg | Muka Surat: 469m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Sebagaimana yang diketahui umum terutama dari kalangan para pengkaji dan para pelajar. Kitab Fiqhus Sunnah karya Sayyid Sabiq memang cukup dikenali dan menjadi rujukan banyak pihak di waktu ini. Namun, apabila ianya dikaji dan diteliti semula, ternyata kitab tersebut banyak mengandungi kekeliruan dan kesalahan-kesalahan ilmiyah dari segi pengambilan dalil, penetapan hukum, penilaian perawi hadis, dan kesilapan dalam penukilan kata-kata ulama.
 
Atas alasan itu, Syaikh al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah pun membuat penelitian, pemerhatian, kritikan, dan pembetulan lalu dihantar kepada penulis (Sayyid Sabiq), namun tidak mendapat sebarang respon dan kesilapan yang terdapat di dalamnya tidak juga diperbetulkan. Atas faktor tersebut, maka, beliau (Syaikh al-Albani rahimahullah) segera menulis sebuah kitab khusus yang berjudul “Tamamul Minnah Fit Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah” (bermaksud: Pelengkap Nikmat atas catatan terhadap kitab Fiqhus Sunnah Sayyid Sabiq).
 
Syaikh al-Albani rahimahullah menulis kitab ini bukanlah kerana hasad, mencari-cari kesalahan, atau bahkan bukanlah untuk tujuan menjatuhkan nama baik Sayyid Sabiq sebagai penulisnya, namun demi menambahkan kebaikan, manfaat, dan memperbaiki sebahagian kecacatan serta kelemahan yang terkandung di dalamnya. Beliau rahimahullah berkata:
 
“Perlu saya sampaikan, bahawa saya mengulas dan mengungkap kekeliruan-kekeliruan di dalam kitab Fiqhus Sunnah, bukan bermaksud untuk merendahkan penulisnya sama sekali. Akan tetapi, saya bertujuan menolong kebenaran dengan kebenaran. Menjaga Fiqhus Sunnah dari kesalahan sekecil mungkin, sehingga menjadikan kitab tersebut dapat diterima dan bermanfaat bagi kaum muslimin.”
 
Semoga dengan hadirnya koreksi dan pembaikan oleh Syaikh al-Albani ini, ia akan menambahkan lagi kualiti dan kebaikan yang terkandung di dalam kitab Fiqhus Sunnah karya Sayyid rahimahumallaah. Sekaligus akan memberi lebih manfaat kepada umat Islam umumnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net