Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Hadits Hukum Bukhari Muslim (Terjemahan Taisirul Allam Syarh Umdatul Ahkam)

Syarah Hadits Hukum Bukhari Muslim (Terjemahan Taisirul Allam Syarh Umdatul Ahkam)
Syarah Hadits Hukum Bukhari Muslim (Terjemahan Taisirul Allam Syarh Umdatul Ahkam) Syarah Hadits Hukum Bukhari Muslim (Terjemahan Taisirul Allam Syarh Umdatul Ahkam)
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 7

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM120.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Hadits Hukum Bukhari Muslim | Judul Asal ('Arab): Taisiirul 'Allam Syarh 'Umdatil Ahkam | Penyusun: Syaikh 'Abdul Ghani Al-Maqdisi rahimahullah (Wafat: 600H) | Penjelasan/Syarah: Asy-Syaikh 'Abdullah bin 'Abdurrahman Alu Bassam | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 2.2kg | Muka Surat: 1271m/s. (Hard cover)


Hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam merupakan sumber hukum Islam kedua setelah al-Qur'an. Dan di antara tujuh kitab hadis yang paling popular/masyhur, adalah dua kitab sahih sebagaimana yang dinilai oleh para ulama ahli hadis, iaitu Shohih al-Bukhari yang disusun oleh Abu 'Abdillah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim Al-Bukhari (Imam Al-Bukhari), dan Shohih Muslim yang disusun oleh Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi (Imam Muslim). Hadis-hadis sahih yang diriwayatkan dan direkodkan oleh kedua-dua tokoh ilmuan hadis ternama tersebut sering disebut-sebut dengan rowahul Bukhari wa Muslim (diriwayatkan oleh dua Imam - Al-Bukhari dan Muslim) atau muttafaq 'alaihi. Sama ada Shohih al-Bukhari atau pun Shohih Muslim, ianya memuatkan ribuan hadis, yang sangat lengkap dengan sanad serta teks hadisnya, sehinggga ia menjadi begitu tebal dan berjilid-jilid. Keadaan ini telah menjadikan ianya cukup sukar bagi sebahagian umat Islam untuk mempelajari serta menghafalnya.

Oleh itu, kehadiran kitab 'Umdatul Ahkam yang disusun oleh 'Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah bin Miqdam bin Nashr bin 'Abdullah ini, sungguh bermanfaat. Kitab yang ditulis salah seorang tokoh mazhab Hanbali di abad ke-Enam Hijrah tersebut memuatkan himpunan riwayat-riwayat terpilih daripada hadis-hadis Nabi yang paling sahih yang terdapat dalam Shohih Al-Bukhari dan Shohih Muslim.
 
Beliau menyusunnya berdasarkan urutan bab-bab fiqh yang terdapat dalam kitab-kitab furu' (cabang), dengan mengambil pelbagai persoalan berpandukan dalil-dalil yang sahih. Ini adalah kerana hadis-hadis sahih merupakan dasar dan sendi rujukan tertinggi, dan sebagai tangga yang dinaiki oleh para penuntut ilmu yang memulakan langkahnya dalam menuju khazanah Islam yang diwariskan oleh manusia terbaik (Rasulullah Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam). Lalu kemudiannya kitab kecil ini diberikan penjelasan/syarah terhadap hadis-hadisnya oleh Syaikh 'Abdullah bin 'Abdurrahman Alu Bassam sehingga ianya menjadi begitu bermanfaat dalam membahaskan persoalan-persoalan fiqh yang ringkas dan komprehensif. Dalam edisi terjemahan, buku ini diterbitkan dengan memiliki ketebalan sehingga 1271 halaman, 420 hadis, serta memuatkan 21 kitab (bab), seperti kitab thaharah (bersuci), solat, jenazah, zakat, puasa, dan haji. Selain itu, turut memuatkan kitab mu'amalah, jual beli, riba, nikah, thalaq, li'an, susuan, hudud, sumpah dan nadzar, minuman/makanan, pakaian, jihad, pembebasan hamba dan sebagainya.
 
Pola penyusunan buku ini sangat menarik, ia dimulakan dengan teks hadis (berserta terjemahan), kemudian dilanjutkan dengan penjelasan lafaz-lafaz hadis yang menjelaskan pengertian kata-kata kunci dalam hadis tersebut. Setelah itu, penjelasan umum berkaitan hadis tersebut, lalu diakhiri dengan manfaat hadis, faedah hadis serta kesimpulan (sama ada berkaitan hukum, adab, dan seumpamanya). Bagi sebahagian hadis, penulis turut membentangkan perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama (sama ada yang terdahulu atau pada masanya). Pembentangan kitab ini yang dilakukan secara ringkas dan padat tetap memiliki nilai-nilai ilmiyah yang sangat komprehensif (menyeluruh) sehingga ianya bertindak sangat membantu para pembaca untuk memahami makna-makna hadis yang dibawa berserta maksudnya.
 
Semoga kitab ini mampu memberikan manfaat yang besar berserta faedah yang optimum sebagai salah satu bahan rujukan penting, pegangan dalam beramal sehari-hari, dan juga membantu dalam memahami pelbagai persoalan fiqh/hukum.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net