Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

150 Tanya Jawab Anak Muslim

150 Tanya Jawab Anak Muslim
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.5 x 15.5 x 1.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: 150 Tanya Jawab Anak Muslim | Judul Asal (‘Arab): Fatawa Ath-Thifhul Muslim | Penulis: Yahya bin Sa’id Alu Syalwan | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 300gram | Muka Surat: 202m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Anak bagaikan permata berharga bernilai dengan nilai yang sangat mahal. Ia adalah perhiasan berharga bagi ibu/bapa dalam kehidupannya di dunia. Banyak sekali rumah tangga yang terancam retak gara-gara belum dikurniakan anak, suami merasa was-was, isteri semakin risau jika telah berbulan-bulan dari usia pernikahannya ternyata belum ada tanda-tanda kehamilan.

Ketika anak lahir, sama ada ayah mahupun ibu saling berlumba-lumba memanjakan anak, bahkan ada yang berlebihan sampai-sampai tidak menyedari kalau dirinya telah melebihkan cintanya pada sang anak dibanding cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Imam Ahmad dalam Musnad-nya dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya meriwayatkan sebuah hadis dari Nabi yang maksudnya:

“Sesungguhnya anak itu adalah penyebab kebakhilan dan ketakutan.”

Maksudnya, bahawa kecintaan terhadap anak yang berlebihan dapat menyebabkan bakhil dari infaq dan sedekah, atau enggan untuk berjihad kerana yang difikirkan hanya anaknya.

Sikap ibu/bapa yang memanjakan anak secara berlebihan atau dengan cara yang salah terkadang timbul kerana ketidaktahuan ibu/bapa terhadap hukum-hakam yang berkaitan dengannya. Dan realitinya memang ini banyak sekali terjadi di mana ibu/bapa tidak tahu mengawal selia tanggungjawabnya terhadap anak-anak dan keluarga secara syar’i dan benar. Ada sebahagian ibu/bapa bersungguh-sungguh menyediakan keperluan anak-anak dari sudut material, sehingga apa sahaja yang diminta langsung diberi. Ada pula yang sentiasa mengekang permintaan material anak-anak dan seumpamanya.

Dewasa ini ada pula kes-kes yang perlu diteliti baik-baik, yang padanya mengandungi perbuatan syirik, kufur, bid’ah, dan khurafat, khasnya berhubung isu anak-anak. Banyak ibu/bapa yang tidak prihatian dengan permasalahan ini, misalnya ada yang pergi ke dukun untuk minta agar dikurniakan anak, atau mengalungkan tangkal dengan harapan anaknya sentiasa terjaga dari mara-bahaya. Ada pula yang merayakan hari ulang-tahun kelahiran anak-anak, memakaikan pada anak-anak pakaian yang membuka aurat, atau yang tasyabbuh dengan kaum kafir, dan seumpamanya.

Permasalah menjadi semakin kompleks apabila masuk dalam wilayah pendidikan dan hukum-hakam kekeluargaan. Ini seperti hukum-hakam penyusuan yang mana banyak sekali diremehkan oleh kebanyakan ibu-ibu pada hari ini. Demikian juga penjagaan dan pendidikan anak-anak sejak dari usia kelahiran yang selalunya diserahkan kepada pengasuh, yang mana sepatutnya ibu/bapalah yang harus menjaganya dengan rapi seraya mendidiknya dengan kasih-sayang seorang ibu/bapa. Namun, apabila ibu/bapa sendiri tidak punya bekal yang bagus, maka di sinilah bermulanya permalasahan.

Jadi, atas sebab kes-kes seperti ini. Banyaklah pertanyaan-pertanyaan yang timbul, sehingga sebahagiannya diajukan ke majlis-majlis fatwa. Dan buku ini adalah satu buku yang baik yang telah menghimpunkan tanya-jawab berkaitan pelbagai masalah anak-anak, penjagaannya, pendidikannya, agamanya, dan sikap yang harus diambil orang seorang ibu/bapa sejak anak itu masih dalam kandungan sampailah ia membesar menjadi seorang manusia. Pertanyaan-pertanyaan dalam buku ini adalah pertanyaan yang diajukan ke majlis fatwa ‘Arab Saudi yang dianggotai oleh para ulama berautoriti seperti antaranya Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Syaikh Al-‘Utsaimin, Syaikh Ibn Jibrin, dan Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan. Setiap pertanyaan diberikan jawaban yang tuntas dan fokus berdasarkan skop isu dan kes.

Buku ini dibahagikan kepada bebrapa skop bab, antaranya seperti bab ‘aqidah, kelahiran, pemberian nama, ‘aqiqah, thaharah, solat, zakat dan harta anak yatim, puasa, haji, persusuan, kriminal, tarbiyah (pendidikan), ta’lim (pengajaran), pakaian, permainan, dan beberapa perkara lainnya.

Akhir sekali, semoga buku ini dapat memberikan manfaat yang bagus kepada kita semua. Agar buku ini menjadi salah satu buku yang baik dalam memberi bimbingan dan motivasi untuk kita mendidik anak-anak dan keluarga ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net