Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Shahih Al-Bukhari karya Syaikh Al-‘Utsaimin

Syarah Shahih Al-Bukhari karya Syaikh Al-‘Utsaimin
Syarah Shahih Al-Bukhari karya Syaikh Al-‘Utsaimin Syarah Shahih Al-Bukhari karya Syaikh Al-‘Utsaimin
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 48.6 x 17.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM1,040.00 RM810.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Shahih Al-Bukhari karya Syaikh Al-‘Utsaimin | Judul Asal (‘Arab): Syarh Shahih Al-Bukhari | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah | Tahqiq: Al-Maktabah Al-Islamiyah | Penterjemah: Ustaz Abu Ihsan Al-Atsari | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 20kg | Muka Surat: 10 Jilid lengkap (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Sidang pembaca yang mulia, di hadapan anda ini adalah sebuah permata ilmiyah yang indah, yang ditempa oleh Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah di segenap penjuru kebun Shahih Al-Bukhari. Guna memetik beraneka bunga yang bersemi, mutiara yang terpendam dan permata yang tersimpan untuk kita.

Syaikh Al-‘Utsaimin telah memperlihatkan ungkapan-ungkapannya yang dalam, pelbagai komentar yang bermanfaat dengan kata-kata yang santai, mudah, dan gaya bahasa yang fokus dan jitu, tidak terlalu ringkas, tidak pula berpanjangan yang membuat lelah.

Di kalangan para penuntut ilmu dan ulama, kedalaman pelbagai disiplin ilmu yang dimiliki oleh Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah bukanlah suatu yang asing. Sama ada dalam ilmu fiqih mahupun ushul dan qowa’idnya. Inilah yang akhirnya menatijahkan hasil ilmiyah yang amat bermanfaat dan luas faedah ilmu di dalamnya.

Inilah syarah atau huraian hadis-hadis sahih dari kitab hadis Shahih Al-Bukhari.

Karya ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Kandungan dan huraian hadis-hadisnya memiliki nilai penjelasan seiring situasi dan keadaan masa kini, termuat di dalamnya kupasan dan fatwa-fatwa Syaikh ‘Utsaimin sekitar isu-isu kontemporari, selain fokus terhadap huraian kalimat, matan, kupasan, dan syarah hadis itu sendiri.

Syaikh ‘Utsaimin turut menukilkan beberapa komentar yang penuh faedah dari sejumlah kitab-kitab Syarah Shahih Al-Bukhari yang terdahulu dari kalangan penulis (ulama) terkemuka di samping huraian dan syarah beliau sendiri. Di antara ulama terdahulu yang syarahnya terhadap kitab Shahih Al-Bukhari sampai kepada kita adalah:

1, Kitab Fathul Bari oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H).

2, Kitab Fathul Bari oleh Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H), namun hanya siap beberapa bab yang awal sahaja, kerana beliau wafat.

3, Kitab ‘Umdatul Qari oleh Imam Badr Al-Diin Al-Aini rahimahullah (Wafat: 855H). dan

4, di samping syarah-syarah yang lainnya seumpama oleh Al-Qasthalani, Ibn Baththal, Al-Karmani.

Syaikh al-‘Utsaimin di dalam syarahnya ini mengemukakan kata-kata asing yang disebutkan dalam hadis-hadis tertentu, dan sebagaimana biasa beliau juga turut menjelaskan sejumlah istilah-istilah penting berkaitan fiqih.

Namun, tidaklah setiap hadis dari Shahih Al-Bukhari diberikan syarah dan huraiannya oleh beliau, namun yang lebih tepat adalah sebahagian besar darinya, bukan keseluruhan hadis, sehingga beliau memberikan faedah yang banyak.

Manakala bagi setiap hadis yang dibawakan oleh Syaikh ‘Utsaimin, maka padanya diberi nota kaki oleh penerbit (Al-Maktabah Al-Islamiyah) yang menunjukkan takhrij dan status hadisnya. Ini sekaligus menambah manfaat buat para pembaca, pengkaji, dan penuntut ilmu.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net