Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shahih At-Targhib wa At-Tarhib

Shahih At-Targhib wa At-Tarhib
Shahih At-Targhib wa At-Tarhib Shahih At-Targhib wa At-Tarhib
Terbitan: Pustaka Sahifa
Product Code: Pustaka Sahifa (1(6))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 2

ISBN: 9789791286022
Availability: Out Of Stock
Price: RM310.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shahih Targhib wat Tarhib | Judul Asal: Shahih At-Targhib wat TarhibPenulis: Al-Hafiz Al-Mundziri rahimahullah | Tahqiq: Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah | Penerbit: Pustaka Sahifa (Darul Haq) | Berat: 7kg | Muka Surat: 6 Jilid Lengkap (Hard Cover). | ISBN: 978-979-128-602-2


Bahawasanya semangat seseorang muslim untuk beribadah akan tumbuh subur apabila mereka mengetahui pahala yang dijanjikan dan betapa indahnya balasan yang akan mereka terima. Sebaliknya, rasa takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla akan semakin kuat apabila sseorang itu mengetahui ancaman dan dosa melakukan suatu perbuatan yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.

Inilah di antara tujuan dari rangkaian hadis-hadis yang dibentangkan dan disusun oleh Al-Imam Al-Mundziri rahimahullah, seorang ulama besar Ahli Hadis dalam kitabnya At-Targhib wa At-Tarhib, yang merupakan sebuah kitab yang mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi was Salam yang bersifat At-Targhib (anjuran, dorongan, motivasi, galakkan, janji pahala dan Syurga) dan At-Tarhib (ancaman, peringatan, amaran, akibat buruk dengan balasan dosa dan Neraka) dalam pelbagai persoalan daripada ‘Aqidah, Ibadah, Akhlak, anjuran menuntut ilmu, mendalami As-Sunnah, kepimpinan, jihad, serta pelbagai bab lagi sehinggalah kepada Mu’amalah dan urusan kehidupan seharian secara umum.

Walau bagaimanapun, dalam Kitab Al-Imam Al-Mundziri rahimahullah ini tidak semua hadis yang beliau kemukakan dan kumpulkan adalah berstatus sahih dan dapat dijadikan landasan dalam setiap persoalan. Maka, oleh sebab itulah kemudiannya Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah berusaha melakukan semakkan (tahqiq dan takhrij) terhadap hadis-hadisnya seraya mengambil darinya hadis-hadis yang sahih serta hasan lalu menyusunnya ke dalam satu kitab khas tersendiri dengan judul Shahih At-Targhib wa At-Tarhib. Manakala hadis-hadisnya yang statusnya dha’if serta yang lebih bawah dari itu kedudukannya, beliau letakkan ke dalam kitab khas yang lain pula dengan judul Dhaif At-Targhib wa At-Tarhib.

Asy-Syaikh Al-Albani telah berusaha keras dalam usahanya melakukan penelitin yang terperinci, semakkan mendalam, dan kajian hadis-hadisnya secara komprehensif yang sekaligus menjadikan buku susunan Al-Imam Al-Mundziri dengan semakkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah ini sebagai buku pilihan lagi alternatif di dalam tatanan rujukan kaum muslimin terkait bab fadha’il a’mal (keutamaan-keutamaan Amalan) atau anjuran beramal.

Selamat menela’ah dan beramal.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net