Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

10 Sahabat Nabi Dijamin Syurga

10 Sahabat Nabi Dijamin Syurga
10 Sahabat Nabi Dijamin Syurga 10 Sahabat Nabi Dijamin Syurga
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i (12(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM30.00

5 or more RM24.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: 10 Sahabat Nabi Dijamin Surga | Judul Asal ('Arab): Al-‘Asyarah Al-Mubasysyaruuna bil Jannah | Penulis: Syaikh Muhammad Ahmad 'Isa | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafii | Berat: 700g | Muka Surat: 358m/s. (Soft cover)


Buku ini memberi fokus kepada biografi, keperibadian, dan kisah-kisah sepuluh orang Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang paling utama yang dijamin masuk Syurga. Ia memuatkan fakta sejarah yang pernah dilalui oleh:

1. Abu Bakar Ash-Shiddiq, 2. ‘Umar bin Al-Khaththab, 3. ‘Ustman bin ‘Affan, 4. ‘Ali bin Abi Thalib, 5. Thalhah bin ‘Ubaidillah, 6. Zubair bin Awwam, 7. Sa’ad bin Abi Waqqash, 8. Sa’id bin Zaid, 9. ‘Abdurrahman bin ‘Auf, 10. Abu ‘Ubaidah ‘Abdullah bin Al-Jarh, radhiyallaahu ‘anhum.

Perbahasannya sarat dengan gambaran nyata tentang keperibadian, kemuliaan, kerja keras, dan pahit-manis perjuangan hidup mereka yang nyaris sempurna serta begitu istimewa. Madrasah kenabian yang telah mendidik mereka sehingga mampu menjadikan hampir separuh belahan dunia ketika itu terjamah oleh kemuliaan Islam.

Perbahasan-perbahasan di dalamnya tidak perlu diragui kerana turut dijelaskan sekali sumber-sumber yang menjadi rujukan bagi setiap fakta yang dibawa. Setiap fakta yang dibentangkan memiliki rujukan yang dapat dipertanggungjawabkan. Cerita-cerita liar dan fitnah yang sering dilemparkan kepada mereka juga turut diluruskan melalui buku ini.

Sebagai cermin hidup, buku ini menjadi sangat penting dimiliki setiap Muslim dalam meniti roda kehidupan yang semakin haus dari keteladanan rabbani. Melalui ketelitian nilai-nilai yang dibawa, setiap perenggan dalam buku ini akan membantu kita untuk lahir kembali sebagai seorang Muslim yang mampu menjadi teladan.

Hayatilah kisah-kisah manusia yang dijamin Syurga ini agar kita tidak dihanyutkan dan dikhayalkan dengan lamunan kisah-kisah manusia yang entah tidak keruan. Semoga kisah-kisah ini mampu menjadi motivasi dan suri teladan buat kita menuju kehidupan yang diredhai Allah.

Sebagaimana kata ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu dalam satu riwayat:

مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُسْتَنًّا فَلْيَسْتَنَّ بِمَنْ قَدْ مَاتَ فَإِنَّ الْحَيَّ لَا تُؤْمَنُ عَلَيْهِ الْفِتْنَةُ أُولَئِكَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَرُّ هَذِهِ الْأُمَّةِ قُلُوبًا وَأَعْمَقُهَا عِلْمًا وَأَقَلُّهَا تَكَلُّفًا قَوْمٌ اخْتَارَهُمْ اللَّهُ لِصُحْبَةِ نَبِيِّهِ وَإِقَامَةِ دِينِهِ فَاعْرِفُوا لَهُمْ حَقَّهُمْ وَتَمَسَّكُوا بِهَدْيِهِمْ؛ فَإِنَّهُمْ كَانُوا عَلَى الْهُدَى الْمُسْتَقِيمِ

“Sesiapa di antara kalian yang mengikuti sunnah (bimbingan), maka hendaklah dia mengikuti jejak bimbingan orang yang telah wafat, kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka (yang harus diikuti) adalah para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa terbeban dengan syari’at).

Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk berdampingan dengan Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka, dan ambillah akhlak serta agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus.” (Jaami’ Al-‘Ilm wa Fadhlihi oleh Ibnu ‘Abdil Bar, m/s. 368. Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibnu Taimiyyah, 3/126, 4/138, 4/158, 11/368, 11/573. I’lam Al-Muwaqqi’in oleh Ibn Al-Qayyim, 2/202-203)

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net