Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kunci-kunci Rezeki Menurut Al-Qur'an & As-Sunnah

Kunci-kunci Rezeki Menurut Al-Qur'an & As-Sunnah
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (14(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 18 x 13 x 5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kunci-kunci Rizki Menurut Al-Quran & As-Sunnah | Judul Asal ('Arab): Mafatih Ar-Rizq fii Dhaul Kitab was Sunnah | Penulis: Dr. Fadh Ilahi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 110g | Muka Surat: 105m/s.


In-syaa-Allaah, setiap orang yang membaca buku ini sepatutnya akan meyakini bahawa rezeki Allah itu sangat luas. Lebih dari itu, ia akan yakin bahawa Allah membentangkan sekian banyak sebab dan kunci untuk meraih rezeki yang halal, sehingga dalam situasi yang sangat sukar sekalipun.

Rezeki Allah itu akan mengalir kepada orang-orang yang berusaha mempraktikkan kaedah-kaedah syar’i yang dipaparkan dalam buku ini. Kerana itu, sungguh sangat tidak wajar jika ada orang yang mengatakan, “Pada hari ini, banyak jalan untuk meraih rezeki halal telah tertutup.” Sampai ada yang mengatakan, “Mahu mencari yang halal saja amat sukar, inikan pula yang haram.”

Fahamilah bahawa Islam itu adalah syari’at yang universal dan sempurna. Setiap jalan demi kebaikan manusia telah ditunjukkan dan dibuka seluas-luasnya, termasuk jalan bagaimana mendapatkan rezeki yang halal lagi penuh kebaikan dan barakah.

Jalan inilah yang jarang diketahui oleh kebanyakan umat Islam. Tetapi dengan membaca buku ini, in-syaa-Allah, jalan itu akan terpapar jelas dan terbuka lebar di hadapan Anda. Dengan demikian, usahlah langsung berputus-asas dalam mencari rezeki Allah yang telah Dia turunkan buat kita. Berusahalah, bertawakkallah, dan bersyukurlah, nescaya Allah akan melipat-gandakan lagi rezeki dan kebaikan buat diri kita.

Ingatlah, rezeki Allah itu bukan hanya semata-mata dalam bentuk wang ringgit, rumah besar, mahupun kereta mewah. Tapi mungkin harta fizikalnya tidaklah banyak mana jika dihitung, tapi sebaliknya Allah limpahkan padanya rezeki dalam bentuk keperluan yang sentiasa mencukupi, rasa qona’ah, kesihatan yang baik, waktu yang sentiasa terpenuhi dengan ilmu-ilmu bermanfaat, anak-anak yang soleh yang sentiasa berjasa, dan seumpamanya. Seolah-olah dia seorang yang kaya, hidupnya pun sentiasa bahagia.

Jadi marilah kita sentiasa bersangka baik, fahami hakikat rezeki Allah baik-baik dan jalan-jalan syar’i dalam menggapainya. Agar rezeki yang dikurniakan menjadi sarana dan pembuka jalan menuju kekayaan akhirat sana.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net