Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sifat Perniagaan Nabi, Panduan Praktis Fiqih Perniagaan Islam

Sifat Perniagaan Nabi, Panduan Praktis Fiqih Perniagaan Islam
Terbitan: Darul Ilmi Publishing
Product Code: Darul Ilmi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 15 x 2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sifat Perniagaan Nabi | Penulis: Dr. Muhammad Ariffin B. Badri, MA | Penerbit: Darul Ilmi Publishing | Berat: 600g | Muka Surat: 290m/s.


Perniagaan adalah merupakan salah satu sumber mata pencarian yang terpuji dalam Islam. Sebahagian besar ulama mengeluarkan pendapat bahawa perniagaan merupakan salah satu bentuk mata pencarian yang paling utama. Pendapat ini adalah berdasarkan hadis Nabi berikut: Dari sahabat Rafi’ bin Khadij, ia menyatakan: Ditanyakan (kepada Rasulullah), “Wahai Rasulullah, apakah sumber pendapatan yang paling baik?” Beliau menjawab, “Hasil pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri, dan setiap perniagaan yang baik.” (Hadis Riwayat Ahmad, ath-Thabrani, al-Hakim, dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani).
 
Pada zaman moden ini, begitu banyak sekali kaedah-kaedah perniagaan yang dilakukan oleh manusia. Bahkan sehingga wujud banyak bentuk-bentuk perniagaan yang tidak jelas dan meragukan. Sama ada halal atau haram. Ramai yang terjebak ke dalam amalan seperti riba yang jelas haramnya. Yang lain-lain pula seperti perniagaan insuran, perniagaan patung dan gambar-gambar (makhluk bernyawa), mengurangkan timbangan barang jualan, penipuan akad dan bahan jualan, dan selainnya.
 
Maka, buku ini membahaskan hampir semua permasalahan berkaitan perniagaan secara islamic, yang kini semakin ramai dari umat Islam tidak menghiraukannya. Buku ini dilengkapi dengan fatwa-fatwa dari Lembaga Fatwa Kerajaan Saudi Arabia, yang menjawab pelbagai bentuk persoalan berkaitan jual beli masa kini.
 
Semoga kita semua dapat kembali kepada prinsip-prinsip syariat yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Jangan sehingga makanan yang kita makan diperoleh dari harta dan sumber yang haram tanpa kita sedari.
 
Antara yang dibahaskan dalam buku ini adalah seperti persoalan Keutamaan Perniagaan, kepelbagaian dan jenis-jenis akad, Prinsip jual beli di dalam Islam, Syarat sah jual-beli, ciri-ciri barang dagangan, khiyar, dan yang selainnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net