Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sejarah Berdarah Al-Quds & Al-Aqsa, Duka di Negeri Palestina

Sejarah Berdarah Al-Quds & Al-Aqsa, Duka di Negeri Palestina
Terbitan: Too Bagus
Product Code: TooBagus
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.1 x 17.5 x 1.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sejarah Berdarah Al-Quds & Al-Aqsa, Duka di Negeri Palestina | Judul Asal (‘Arab): Al-Quds; Dirasatu Tarikhiyyah hawla Al-Masjid Al-Aqsa wa Al-Quds Asy-Syarif | Penulis: Dr. ‘Abdul Fattah Hasan Abu ‘Ulayyah | Penerbit: Too Bagus | Berat: 450gram | Muka Surat: 226 m/s. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Masjid Al-Aqsa (atau Al-Aqshaa) adalah termasuk masjid yang paling awal terbina. Ini adalah sebagaimana sebuah hadis dari Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّ مَسْجِدٍ وُضِعَ فِي الْأَرْضِ أَوَّلَ؟ قَالَ: الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ. قَالَ: قُلْتُ: ثُمَّ أَيُّ؟ قَالَ: الْمَسْجِدُ الْأَقْصَى. قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: أَرْبَعُوْنَ سَنَةً.

Aku bertanya (kepada Rasulullah): “Wahai Rasulullah, masjid manakah yang pertama sekali dibina di muka bumi?” Beliau menjawab: “Al-Masjid Al-Haraam.” Aku bertanya lagi: “Kemudian (masjid) mana?” Beliau menjawab: “Al-Masjid Al-Aqshaa.” Aku bertanya lagi: “Berapa jarak antara keduanya?” Beliau menjawab: “Empat puluh tahun.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3366. Muslim, no. 520)

Aqidah yang benar menetapkan bahawa Masjid Al-Aqsa adalah salah satu dari tiga masjid suci dalam Islam. Dan ini jelas, berdasarkan pada nash-nash Al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sahih, juga dikuatkan oleh perbuatan para sahabat, tabi’in, imam-imam kaum muslimin setelah mereka, para ulama, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Banyak keutamaan berkaitan masjid Al-Aqsa disebutkan dalam hadis-hadis Nabi.

Antaranya, dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda:

أَنَّ سُلَيْمَانَ بْنَ دَاوُدَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا بَنَى بَيْتَ الْمَقْدِسِ سَأَلَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ خِلَالًا ثَلَاثَةً سَأَلَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حُكْمًا يُصَادِفُ حُكْمَهُ فَأُوتِيَهُ وَسَأَلَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ فَأُوتِيَهُ وَسَأَلَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حِينَ فَرَغَ مِنْ بِنَاءِ الْمَسْجِدِ أَنْ لَا يَأْتِيَهُ أَحَدٌ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ فِيهِ أَنْ يُخْرِجَهُ مِنْ خَطِيئَتِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ (فِيْ رِوَايَةٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا اثْنَتَانِ فَقَدْ أُعْطِيَهُمَا وَأَرْجُو أَنْ يَكُونَ قَدْ أُعْطِيَ الثَّالِثَةَ

“Sesungguhnya, ketika Sulaiman bin Dawud membina Baitul Maqdis, beliau meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tiga perkara. (Iaitu):

1, meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar (diberi taufiq) dalam memutuskan hukum yang menepati hukum-Nya, lalu ia pun dikabulkan, dan

2, meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar dianugerahi kerajaan yang tidak akan diberikan kepada seseorang pun setelahnya, lalu ia pun dikabulkan, serta

3, memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala apabila selesai membina masjid, agar tidak ada seorang pun yang berkeinginan solat di situ, melainkan agar dibebaskan dari kesalahannya seperti hari ia dilahirkan.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 693)

Dalam riwayat lain, ada tambahan:

أَمَّا اثْنَتَانِ فَقَدْ أُعْطِيَهُمَا وَأَرْجُو أَنْ يَكُونَ قَدْ أُعْطِيَ الثَّالِثَةَ

(Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), “Adapun yang dua (permohonan tersebut), maka telah diberikan. Dan aku berharap, yang ketiga pun akan dikabulkan (oleh Allah).” (Sunan Ibnu Majah, no. 1408)

Kemudian, Rasulullah juga turut menjelaskan perjalanan jauh dalam rangka ibadah, hanya dibolehkan ke tiga buah masjid, dan salah satunya adalah masjid Al-Aqsa.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى

“Janganlah bersusah-payah melakukan perjalanan (dalam rangka ibadah) melainkan ke tiga masjid, iaitu masjid al-Haram, masjid ar-Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (masjid Nabawi), dan masjid al-Aqsha.” (Shahih al-Bukhari, no. 1189)

Dalam riwayat Muslim:

إِنَّمَا يُسَافَرُ إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ: مَسْجِدِ الْكَعْبَةِ، وَمَسْجِدِي، وَمَسْجِدِ إِيلِيَاءَ

“Sesungguhnya perjalanan jauh (safar dalam rangka ibadah) itu hanya untuk tiga masjid, iaitu masjid al-Ka’bah (masjid al-Haram di Makkah), masjid-ku (masjid Nabawi), dan masjid Iliyaa’ (masjid al-Aqsha).” (Shahih Muslim, no. 1397)

Cuma sayangnya, masjid suci Al-Aqsa telah dirampas dan dikuasai oleh orang-orang Yahudi secara zalim. Sedang umat Islam pula berada dalam posisi yang lemah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Selain fakta tersebut, pada hari ini ada sejumlah orang yang mengatasnamakan Islam menyakini bahawa Masjid Al-Aqsa bukan di Al-Quds, Palestina. Mereka meyakini itu dengan sepenuh hati, tidak sedar (atau bahkan mungkin sedar) bahawa orang-orang Yahudi dan sekelompok orientalis telah menjadikan keyakinan (i’tiqad) tersebut sebagai bahan untuk menggoncangkan aqidah kaum muslimin selama ini.

Di sisi orang-orang Yahudi, mereka menyakini (mengimani) bahawa Al-Quds adalah milik mereka, yang kononnya telah dijanjikan ribuan tahun lalu, dan kerana itulah mereka telah menempuh pelbagai cara walaupun secara paksa, kekerasan, dan zalim untuk merampasnya.

Manakala orang-orang Syi’ah pula, mereka menyakini bahawa Masjid Al-Aqsa bukan di Al-Quds, tetapi yang sebenarnya menurut mereka ia berada di langit, iaitu di tempat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mi’raj ke sana dulu.

Manakala secara umum pula, bahkan kebanyakan dari kaum Muslimin meyakini bahawa keberadaan Masjid Al-Aqsa sama ada di Al-Quds atau bukan, itu bukanlah suatu yang penting untuk diketahui sama sekali. Dan ini adalah suatu yang amat menyedihkan sekaligus menunjukkan lemahnya pemahaman kaum Muslimin terhadap pengetahuan agamanya.

Demikian pula dengan orang-orang yang menganut fahaman Ahmadiyah (atau disebut Qadiyani) yang lahir dan berkembang di India, mereka tidak mengendahkan sama sekali tempat-tempat suci milik kaum muslimin. Dan lebih pelik, mereka (orang-orang Ahmadiyah) meyakini bahawa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Aqsa di Surah Al-Israa’ itu sebenarnya adalah sebuah masjid di Qadian, sebuah kota di negara bahagian Punjab (di India), yang dari situ Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam naik ke langit dan menerima perintah solat lima waktu.

Hakikatnya, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa memang termasuk urusan kita, urusan kaum Muslimin. Jarang membicarakannya bukan bererti kita tidak mengendahkan kedudukannya. Dan kita tahu, Al-Quds, iaitu di Masjid Al-Aqsa, dulu pernah menjadi tempat orang-orang menyampaikan hadis-hadis Rasulullah, sebagai tempat mendalami agama. Malah pernah menjadi kiblat kaum Muslimin.

Kerana itulah, maka di sini diterjemahkan dan diringkas sebuah buku dari tulisan berjudul Al-Quds: Dirasatu Tarikhiyyah hawla Al-Masjid Al-Aqsa Asy-Syarif karya Dr. ‘Abdul Fattah Hassan Abu ‘Ulayyah, pensyarah tarikh (sejarah) di Universiti imam Muhammad bin Su’ud Al-Islamiyah, dan tulisan berjudul Asy-Syi’ah wa Al-Masjid Al-Aqsa karya Thariq Ahmad Hijaz. Buku ini di kalangan masyarakat kita mungkin antara yang paling pertama mengangkat topik sejarah Masjid Al-Aqsa.

Melalui buku ini, para pembaca yang budiman, akan disajikan sebuah kupasan dan perbahasan ringkas dan sederhana terkait sejarah Masjid Al-Aqsa dan kota Al-Quds Asy-Syarif sehingga kejatuhannya ke tangan Yahudi hari ini. Agar menjadi sesuatu yang bermanfaat, dimasukkan pula dalam perbahasan ini beberapa hal penting yang terkait erat dengannya, seperti:

(1) nilai-nilai keagamaan dalam penamaan dan pendirian Al-Quds Asy-Syarif,

(2) keadaan masjid sebelum masa pemerintahan amirul mukminin ‘Umar bin Al-Khaththab dan pembangunan masjid yang dilakukan oleh khalifah ‘Umar bin Al-Khaththab di sebahagian kawasan Al-Quds Asy-Syarif,

(3) hal-hal yang terkait dengan pembangunan Masjid Kubah Batu (The Dome of The Rock atau Ash-Shahrah) yang dilakukan oleh Khalifah ‘Abdul Malik bin Marwan di sebidang tanah suci tersebut,

(4) pembangunan Masjid Al-Aqsa yang sekarang dikenal dengan sebutan Al-Haram Asy-Syarif pada masa Dinasti Bani Umayyah,

(5) perhatian kaum muslimin terhadap Masjid Al-Aqsa Asy-Syarif dan kota Al-Quds sebelum masa kesultanan Turki ‘Utsmani,

(6) perhatian Turki ‘Utsmani dan penguasa-penguasa Turki ‘Utsmani terhadap Masjid Al-Quds Asy-Syarif dan Baitul Maqdis,

(7) perhatian kaum muslimin terhadap Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis setelah kesultanan Turki Utsmani.

Tujuan di balik kajian dan perbahasan ini adalah memperkenalkan Masjid Al-Aqsa Asy-Syarif kepada setiap pembaca muda muslim berkaitan hal-hal yang wajib untuk diketahui oleh mereka. Ditambah lagi dengan adanya penjelasan beberapa permasalahan yang kadang menimbulkan tanda tanya dari sebahagian besar kaum muslimin.

Tidaklah dilakukan kajian tentang Masjidil Aqsa ini melainkan untuk merapatkan kembali kembali kebaikan yang telah dibina oleh para pendahulu kita dari kalangan kaum Muslimin yang berupa rumah-rumah Allah dan jejak-jejak peradaban agama. Juga untuk mengetahui pelbagai tindakan yang telah dilakukan oleh para pendahulu kita terkait tempat-tempat suci Islam, bermula dari memberikan perlindungan, pembelaan, perhatian terhadap kelangsungan, pembaikan, sehinggalah kepada pemeliharaannya.

Tugas penjagaan dan pembelaan Baitul Maqdis ini adalah kewajiban pemerintah Islam, dan kaum Muslimin. Bahkan, juga menjadi kewajiban setiap individu muslim di pelbagai daerah dan negeri. Hal tersebut agar panji Islam tetap tegak dan kepimpinan kaum Muslimin sentiasa tinggi. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net